Assalammualaikum dan selamat sejahtera Mommies On9 Shoppe (MO9S) ucapkan kepada semua yang singgah ke blog yang baru setahun jagung ni (actually belum sampai setahun pun, kih kih kih). Bila dah ada blog ni macam kena rajin gak menulis kan...
So, hari ni nak share kepada semua yang MO9S telah menghadiri Seminar Udang Kebangsaan di Hotel Istana, Kuala Lumpur. Seminar ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Noh Bin Hj. Omar (Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani).
Banyak gak ilmu dapat MO9S dapat (Alhamdulillah). Ada 8 kertas kerja yang dibentangkan. Tapi penekanan diberikan kepada EMS. Tau tak EMS tu apa? EMS = Singkatan untuk Early Mortality Syndrome yang ternakan udang. Emm..kerana penyakit ni, banyak pengusaha ternakan udang macam udang harimau terpaksa bertukar untuk menternak udang putih (lebih kuat dari segi rintangan penyakit)..Walaubagaimanapun, penyebabnya masih kabur lagi. Tak tau penyebabnya lagi. Tapi ada yang mengaitkannya dengan pengurusan ternakan yang teruk, makanan, benih, air dan sebagainya.
Hopefully, akan datang penyakit udang ini dapatlah diubati kerana telah menyebabkan kerugian yang banyak kepada penternak dan negara (sebab tak dapat eksport).
Di samping itu, MO9S nak share sikit jenis-jenis udang untuk kawan-kawan semua. Mana tau ada yang tau makan je, tapi udang yang hidup tak tau nak bezakan.
Hihi..Jom zoom akuarium yang dipamerkan semasa Seminar Udang Kebangsaan 2013.
Inilah dia Udang Karah.. besar tau
Udang Galah..
Ini pulak Udang Putih
*So, dah kenalkan? Pasni jangan confius lagi ye.
Ops, lupa nak cerita, di Grand Ballroom Hotel Istana tadi jugak ada event lain. MO9S tak pasti lak event apa. Tapi, nak tau tak? Ada orang jual TUPPERWARE, kelas gitu.
So, apa lagi? Kalau ada yang masih belum jadi ahli TUPPERWARE leh la bagi tau MO9S. Kita bina empayar kita ye. InsyaAllah.
Ok la, sekadar tu dulu perkongsian ilmu bersama MO9S hari ini. Kalau ada apa-apa nak tanya pasal penyakit EMS ni pun silakan, jangan malu-malu. ADIOS.